Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scott Adkins Sedang Dalam Rundingan Untuk Sertai “John Wick: Chapter 4”

Barisan pelakon John Wick: Chapter 4 terus berkembang!. 

Pada Selasa yang lalu, Deadline melaporkan bahawa bintang American Assassin, Scott Adkins kini sedang dalam rundingan untuk menyertai barisan pelakon filem keempat John Wick.

Buat masa ini, watak yang ditawarkan kepada Adkins masih belum diketahui. Jika dia menerima tawaran, Adkins akan menyertai Keanu Reeves dan beberapa pelakon bintang seperti Donnie Yen, Hiroyuki Sanada, Rina Sawayama, dan banyak lagi.

Ansuran keempat akan menyaksikan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuhan yang sukar untuk dikalahkan. Kali terakhir wataknya dilihat adalah semasa di melarikan diri dan mengalami kecederaan parah selepas di dikhianati Winston lakonan Ian McShane.

Chad Stahelski kembali sebagai pengarah manakala lakon layar ditulis oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih francais dari pencipta John Wick, Derek Kolstad.

Menyertai Reeves adalah bintang pop Jepun-British Rina Sawayaman, Shamier Anderson (Awake), Bill Skarsgard (IT), Hiroyuki Sanada (Mortal Kombat) dan Donnie Yen (IP Man), yang dilaporkan bakal membawa watak rakan lama kepada John Wick. 

John Wick: Chapter 4 diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Stahelski, dengan Reeves dan Louise Rosner akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Penggambaran telahpun bermula dan akan berlangsung di Perancis, Jerman dan Jepun. Filem terbaru ini dijadualkan tayangan pada 27 Mei 2022.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment