Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scarlett Johansson Percaya Kematian Black Widow Adalah Kekal

Walaupun Avengers berjaya menewaskan Thanos dalam filem Avengers: Endgame, peminat terpaksa menelan hakikat melihat beberapa karakter kegemaran ditamatkan wataknya. Dari Iron Man, hingga ke Captain America dan Black Widow, masih terdapat peminat yang berharap akan berlaku ‘plot twist’ dimana karakter-karakter yang telah mati ini dapat kembali dihidupkan kembali.

Bagi karakter Natasha Romanoff a.k.a Black Widow, penghasilan filem solo Black Widow telah meningkatkan lagi spekulasi dikalangan peminat bahawa karakter tersebut akan dibangkitkan dari kematian. Bagaimanapun, bagi pelakon Scarlett Johansson, kematian wataknya dalam filem Avengers: Endgame adalah kekal.

“People definitely don’t believe it and have tried to convince me that my character did not actually die. That maybe, my character existed in an alternate universe. But no, I think death is a pretty certain thing.”

Aktres tersebut berkata demikian semasa diwawancara oleh Jimmy Fallon dalam rancangan The Tonight Show baru-baru ini.

Jadi kepada peminat Marvel, khususnya yang meminati karakter Black Widow, sudah tiba masa untuk melupakan karakter tersebut dan menumpukan perhatian kepada karakter-karakter baru yang bakal diperkenalkan dalam MCU tidak lama lagi. Lagipun tidak semua karakter akan kekal selamanya, dan kadang-kala perlu ditamatkan ketika ia masih disukai agar dapat meninggalkan nostalgia kepada para peminatnya.

Jika anda masih merindui aksi Black Widow dalam MCU, anda boleh tonton aksi terakhirnya menerusi filem solo Black Widow yang akan ditayangkan pada 1 Mei 2020.

Sumber: Full Circle Cinema

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee