Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scarlett Johansson Dilihat Berada Di Set Penggambaran Black Widow

Nampaknya penggambaran filem solo Black Widow mungkin telah bermula secara rasmi. Menurut laporan media tempatan Sunnmørsposten, pelakon Scarlett Johansson dikatakan telah tiba disebuah lokasi yang terletak di Ørsta, Norway dengan beberapa set penggambaran telah tersedia.

Beberapa gambar yang mirip pelakon watak Black Widow itu juga muncul di media sosial. Gambar-gambar tersebut menunjukkan Johansson dilihat berada didalam kenderaan VIP menujuk ke lokasi yang tidak diketahui. Kelihatan juga gambar tanda set penggambaran yang bertulis “Blue Bayou”, tajuk kerja untuk filem Black Widow.

Media Sunnmørsposten juga turut mengesahkan penggambaran filem berkenaan akan berlangsung dikawasan tersebut. Filem Black Widow sebelum ini dilaporkan akan memulakan penggambarannya dalam bulan Jun ini dengan lokasi penggambaran terletak di kampus Pinewood Studios, United Kingdom.

Buat masa ini, tidak banyak informasi mengenai filem solo karakter adiwira Marvel ini. Terdapat desas-desus yang mengatakan jalur masa filem Black Widow akan terletak diantara filem Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War dan juga diantara filem Captain America: The Winter Soldier dan Avengers: Age of Ultron.

Pengarah filem Somersault, Lore dan Berlin Syndrome. Cate Shortland diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini manakala Scarlett Johansson akan turut bertindak selaku penerbit. Beberapa pelakon seperti Florence Pugh, David Harbour dan Rachel Weisz dilaporkan dalam senarai barisan pelakon.

Black Widow mungkin akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Related posts

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment