Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scarlett Johansson Dedahkan Terdapat Babak Dalam Infinity War Mengandungi 30 Karakter

Semasa menghadiri rancangan The Late Show with Stephen Colbert minggu lepas, pelakon dan bintang filem The Avengers mendedahkan dalam filem Infinity War akan terdapat beberapa babak yang mengandungi lebih kurang 30 karakter dalam satu babak.

Kenyataan aktres tersebut menguatkan lagi pendedahan yang dibuat oleh pembikin filem berkenaan yang mengatakan akan terdapat babak dalam filem ketiga Avengers itu yang mengandungi banyak karakter-karakter MCU.

“I really can’t. I can’ think of anything that I could possibly say,” Johansson said, before being pressed to give at least a tiny detail from the film. She then said, “Alright. I’m in it [and] at one point, I do think that the Infinity Wars — there are 61 or 62 Marvel characters in it. There’s a lot.”

“In one particular scene, I think there’s 32 — there’s a lot. There’s so many of us. I don’t even know who’s a Marvel character and who’s a crew member, honestly.” – Scarlett Johansson

Diarahkan oleh Joe and Anthony Russo, The Avengers: Infinity War akan menghimpukan hampir kesemua karakter Marvel Cinematic Universe antaranya Robert Downey Jr., Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Chris Evans, Chris Hemsworth, Jeremy Renner, Chris Pratt, Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Benedict Cumberbatch, Paul Bettany, Samuel L. Jackson, Cobie Smulders, Benedict Wong, Zoe Saldana, Karen Gillan, Vin Diesel, Dave Bautista, Pom Klementieff, Scarlett Johansson, Tom Holland dan Anthony Mackie.

Filem ini akan menemui penonton pada 4 May 2018 kemudian diikuti filem kedua yang masih tidak mempunyai tajuk pada 3 May 2019

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee