Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scarlett Johansson Bintangi Filem Sci-Fi Drama, BRIDE Terbitan Apple & A24

Apple sekali lagi bekerjasama dengan A24 untuk hasilkan filem sci-fi drama berjudul Bride. Ini merupakan kerjasama terbaru diantara kedua-dua syarikat selepas menerbitkan filem komedi drama On the Rock arahan Sofia Coppola dan lakonan Bill Murray dan Rashida Jones. 

Bintang MCU, Scarlett Johansson telah dipilih untuk memainkan peranan utama dalam projek tersebut. 

“It is long overdue for Bride to step out of the shadow of her male counterpart and stand alone.Working alongside Rebecca Angelo and Lauren Schuker Blum, Sebastian and I are extremely excited to emancipate this classic anti-heroine and reanimate her story to reflect the change we see today.” – Scarlett Johansson

Diilhamkan oleh monster klasik Bride of Frankenstein, Bride digambarkan sebagai kisah yang berpusat pada seorang wanita yang diciptakan untuk menjadi isteri yang ideal oleh seorang usahawan yang cemerlang. Apabila dia menolak penciptanya, dia terpaksa melarikan diri, menghadapi dunia yang melihatnya sebagai raksasa. Semasa dalam pelarian, dia menemui identitinya yang sebenar, kuasa yang mengejutkan dan kekuatan untuk menjadikan dirinya sebagai ciptaannya sendiri.

Filem ini diarahkan oleh Sebastián Lelio (Disobedience, Gloria), yang mana dia juga bertindak sebagai penulis lakonlayar bersama-sama Lauren Schuker Blum dan Rebecca Angelo. Selain berlakon, Johansson turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama Jonathan Lia menerusi syarikat penerbitan mereka, Thes Pictures. 

Sumber: The Hollywood Reporter

Related posts

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

Leave a Comment