Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scarlett Johansson Berundur Dari Filem Rub & Tug Selepas Dikecam Golongan LGBTQ+

Pelakon filem Avengers: Infinity War, Scarlett Johansson bertindak berundur dari terlibat dengan filem Rub & Tug selepas beliau dikecam teruk oleh golongan transgender dan aktivis LGBTQ+ kerana menerima watak seorang ‘tomboy’

Pada minggu lepas Scarlett Johansson telah menerima tawaran untuk melakonkan watak Dante “Tex” Gill, seorang transgender yang mengubah jantina dari seorang wanita ke seorang lelaki. Tindakannya itu menerima kecaman dari golongan transgender kerana mereka merasakan watak Dante perlu dilakonkan oleh golongan transgender bukannya golongan cisgender.

Scarlett sebelum ini mempertahankan tawaran yang diterimanya dengan mengatakan terdapat ramai cisgender aktor melakonkan watak-watak transgender Jeffrey Tambor dalam siri televisyen Transparent. Bagaimanapun kenyataannya itu menambah lagi kecaman yang diterimanya.

Advertising

Filem Rub & Tug merupakan filem biopik mengenai ketua penjenayah era 70an di Pittsburgh, Jean Marie Gill. Jean dilahirkan sebagai seorang wanita dan mengubah identitinya menjadi seorang lelaki bernama Dante “Tex” Gill kerana ingin menjalankan sindiket rumah urut dan pelacuran.

Rub & Tug diarahkan oleh Rupert Sanders dan skrip ditulis oleh Gary Spinelli. Dengan pengunduran Scarlett Johansson, pihak studio kini terpaksa mencari pelakon baru untuk menggantikan tempatnya.

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

Leave a Comment