Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scarlett Johansson Bakal Dapat $25 Juta Dollar Untuk Filem Black Widow?

Scarlett Johansson Black Widow

Walaupun filem superhero wanita Black Widow masih belum disahkan oleh pihak Marvel, tetapi dengan perkembangan terbaru filem tersebut menyaksikan filem yang bakal dibintangi Scarlett Johansson itu akan dapat dihasilkan tidak lama lagi.

Laporan sebelum ini menyebut Jac Schaeffer telah dipilih untuk menulis filem berkenaan, dan Scarlett Johansson juga dikatakan telah berbincang dengan pihak studio untuk menghasilkan filem solo yang lama dinantikan oleh peminat.

Yang terbaru, aktress wanita itu juga dilaporkan akan menerima bayaran sebanyak $25 juta dollar untuk berlakon dalam filem tersebut dan tambahan sebanyak $6 juta sekirannya filem solonya itu ‘hit’ dipanggung wayang. Ini bermakna, jika filem Black Widow sukses, Scarlett Johansson akan menerima $31 juta dolar secara keseluruhan.

“Scarlett will get a huge pay day for the Black Widow film, which Disney believes could eclipse Wonder Woman in terms of a female-led superhero film’s revenue. She has been a lucky charm for the studio in all their films, and brings her A-game during each performance. Scarlett is adored by Disney’s top brass and is a real team player. This stand-alone movie is out there for them, but they feel it can make history. The wages are high, but nothing she doesn’t deserve given her track record as this character…Her agents have pushed through the revenue bonus payment. If it makes over $900 million at the box office then she will get another $6 million. The script is being written and the hopes are to have the stand-alone film in cinemas by summer 2020.”

Scarlett Johanson telah membuat 5 penampilan dalam filem-filem Marvel bermula filem Iron Man 2 sebagai ejen Natasha Romanoff aka Black Widow, dan sejak itu, wakta beliau boleh dikatakan antara watak penting dalam dunia Marvel Cinematic Universe dan bakal muncul dalam dua filem terbaru yang berjudul Avengers: Infinity War dan Avengers 4 tidak lama lagi. Peminat-peminat filem Marvel telah lama berharap agar Black Widow mendapat filem solonya sendiri sepertimana karakter-karakter utama yang lain seperti Iron Man, Thor dan Captain America, dan harapan peminat bakal direalisasikan melihat kepada perkembangan filem Black Widow ini

Related posts

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

Leave a Comment