
Semalam, media Korea melaporkan pembatalan drama terbaru “Joseon Exorcist” susulan kontroversi yang melibatkan kesilapan sejarah dan menggunakan prop China dalam drama yang berlatarbelakangkan zaman sejarah Korea.
Harini, SBS mengesahkan cara rasmi pembatalan drama tersebut dan telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan mereka.
“Kami memberitahu anda mengenai keputusan SBS mengenai “Joseon Exorcist.”
Oleh kerana SBS menyedari betapa seriusnya keadaan semasa [mengenai drama], kami telah memutuskan untuk menghentikan kontrak hak penyiaran “Joseon Exorcist” dan membatalkan semua siaran drama.
Pada masa ini, SBS telah membayar sebahagian besar biaya untuk hak penyiaran drama tersebut, dan syarikat produksi telah menyelesaikan 80 peratus penggambaran.
Walaupun kami prihatin dengan kerugian kewangan yang ditanggung oleh rangkaian penyiaran dan syarikat produksi, serta jurang dalam rancangan kami, SBS merasakan tanggungjawab yang berat sebagai rangkaian siaran awam, dan kami memberitahu anda bahawa kami telah memutuskan untuk membatalkan program itu.”
Sebaik sahaja memulakan tayangannya pada 22 Mac yang lalu, “Joseon Exorcist” menerima kecaman netizen kerana menggunakan alat peraga dan makanan ala China, dan rata-rata penonton mengatakan ia adalah penyimpangan dari sejarah Korea.Ā
Walaupun SBS telah mengeluarkan kenyataan maaf dan penjelasan, reaksi balas dari penonton terus bertambah apabila episod kedua drama itu memaparkan lebih banyak pengaruh China. Tidak lama kemudian, semua penaja “Joseon Exorcist” menarik diri dari drama itu, dan rangkaian SBS mengumumkan bahawa mereka akan berehat selamat satu minggu untuk membuat penilaian.
Bagaimanapun, dua hari selepas itu, SBS mengesahkan bahawa drama “Joseon Exorcist” tidak akan kembali ke udara.
Sumber: Soompi