Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

‘Saya bukan Adele atau Beyonce’ – Fazura

fazura_3

SAYA bukan Adele atau Beyonce.”

Itu status yang dimuat naik pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan, Fazura, ke akaun Instagram, beberapa minit yang lalu.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kritikan netizen yang diterima oleh penyanyi itu susulan kualiti nyanyiannya di After Race Concert sempena Grand Prix Malaysia (GP) Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad.

Fazura merupakan salah satu daripada persembahan pembuka untuk ikon R&B terkenal dunia, Usher yang berlangsung selepas tamatnya perlumbaan.

Dalam status itu yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Fazura melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana diberikan peluang untuk membuat persembahan tersebut, yang disifatkan olehnya sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan.

https://www.instagram.com/p/BLFwWY_jm_d/?taken-by=missfazura

Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 itu tidak ketinggalan memberikan ucapan penghargaan kepada penonton yang menyaksikan persembahannya.

“Terima kasih kerana turut sama menyanyi, menari dan memberikan tenaga yang positif kepada saya,” tulis Fazura.
Nama pelakon terkenal itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial sejak semalam apabila majoriti netizen mengkritik nyanyiannya ketika menyampaikan lagu Cheap Thrills, dendangan asal Sia.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee

Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

Is Mohd

Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

Kakimuvee

Leave a Comment