Satu Karakter Misteri Mungkin Akan Diperkenalkan Dalam Avengers 4

208
views

Walaupun penggambaran filem Avengers 4 telahpun selesai, spekulasi mengenai kemunculan karakter-karakter dari komik Marvel dalam filem keempat Avengers itu masih berterusan. Yang terbaru, kemungkinan besar satu lagi karakter yang dicipta oleh Jim Starlin mungkin akan diperkenalkan dalam filem sambungan Infinity War itu.

Jim Starlin merupakan pencipta untuk karakter seperti Thanos, Gamora dan Drax. Semasa menghandiri konvensyen ‘Comic Con’ di Puerto Rico, Jim Starlin mendedahkan dia menerima kredit “Created by” untuk satu lagi karakter ciptaannya dalam filem yang bakal ditayangkan Mei tahun hadapan.

Antara karakter ciptaan beliau yang dikatakan akan muncul dalam Avengers 4 adalah A’lars, iaitu bapa kepada Thanos. Nama A’lars telah disebut oleh Red Skull semasa Thanos bertemu dengan penjahat dari filem Captain America: First Avengers itu di Planet Vormir. Selain itu juga, karakter Eros (a.k.a. Starfox) dan juga Kronos ciptaan Jim Starlin turut di’spekulasi’kan akan diperkenalkan dalam filem akan datang.

Untuk informasi Eros merupakan abang kepada Thanos dan manakala Kronos merupakan datuk kepada Thanos.

Apapun, kemunculan karakter-karakter tersebut dalam Avengers 4 buat masa ini sekadar spekulasi, tetapi apa yang pasti, satu lagi karakter ciptaan Jim Starlin akan diperkenalkan dalam filem Avengers 4 nanti.

Avengers 4 bakal menemui penonton pada 3 Mei 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here