Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Satu Babak Dalam Avengers: Infinity War Bakal Menampilkan 40 Superhero

Seperti yang kita tahu, filem Avengers: Infinity War akan menjadi himpunan terbesar para superhero Marvel dalam satu filem. Menurut laman web Screenrant.com, filem ketiga Avengers itu bakal menyaksikan hampir 40 superhero berkongsi dalam satu babak – menarik bukan melihat hampir kesemua superhero Marvel berhimpun bersama?

Pendedahan tersebut dinyatakan sendiri oleh salah seorang aktor filem superhero berkenaan iaitu Anthony Mackie semasa bercakap di konvensyen Ace Comic-Con baru-baru ini. Menurut aktor yang membawakan watak Falcon itu, akan terdapat satu babak epik yang mana 40 karakter akan berada dalam satu babak filem Infinity War.


“There was one day we were on set and were doing this scene that’s in the trailer where we’re all running to battle, you know, all of us are on set and it’s like forty superheroes. I look to my right and I see Tom Holland and Dave Batista. I see them in the corner and Tom is literally the size of Dave’s leg, I don’t know what they’re talking about but Batista jumps up and does a kick-punch move and I was like ‘Yo, you’re about to kill him!’”

Dipenghujung trailer Infinity War, terdapat babak dimana beberapa superhero Marvel seperti Captain America, Black Widow, Falcon, Hulk, Black Panther, Winter Soldier dan lain-lain berlari menuju ke medan perang. Babak tersebut mungkin menyaksikan kesemua superhero Marvel akan berkumpul dan akan berlaku pertempuran epik diantara Superhero dan Black Order yang diketuai oleh Mad Titan.

Sebanyak 67 karakter disahkan berada dalam filem Avengers: Infinity War. Filem kesembilan Marvel menjadi filem yang paling ditunggu-tunggu oleh pengemar filem kerana buat pertama kalinya kesemua karakter utama Marvel Cinematic Universe akan berada dalam satu filem yang sama menentang supervillain yang paling berkuasa dalam dunia MCU.

Avengers: Infinity War bakal menemui penonton pada 4 May 2018 (tarikh tayangan Malaysia akan dimaklumkan kelak)

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment