Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sasha Saidin Bakal Berlakon Dalam Filem Pasir Salak Pasir Berdarah?

Kredit Gambar: The Rakyat Post

Pelakon dan juga bekas penyanyi kumpula Elite, Sasha Saidin dikhabarkan bakal kembali masuk set pengambaran sebuah filem berbudget besar yang mengisahkan sejarah negeri Perak tidak lama lagi.

Menurut pelakon terbabit, beliau akan bergandingan dengan beberapa pelakon terkenal tanah air seperti Faizal Hussein dan Wilma Muhammad

“Apa pun, saya tak boleh nak terangkan mengenai filem itu dengan terperinci sebab ia masih di peringkat awal perbincangan.

“Cuma ini turut melibatkan Kerajaan Negeri Perak dan FINAS,” – Sasha Saidin

Adakah filem berbudget besar yang dimaksudkan oleh Sasha Saidin adalah filemĀ Pasir Salak Pasir Berdarah? Baru-baru ini, pengarah terkenal tanah air ada mengumumkan yang beliau merancang untuk menghasilkan sebuah filem sejarah Negeri Perak dan filem terbaru arahannya itu nanti memerlukan budget sebanyak RM6 juta.

Filem yang berkisarkan pahlawan terbilang Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela dan Tok Sagor menentang penjajahan British yang diketuai JWW Birch itu akan memulakan penggambarannya tahun ini.

Jika filem yang dimaksudkan oleh pelakon terbabit adalah filemĀ Pasir Salak Pasir Berdarah,Ā ia akan menambah bilangan pelakon terkenal tanah air yang bakal membintangi filem terbabit.

Antara pelakon-pelakon yang disenaraikan membintangi filem sejarah itu ialah Khir Rahman, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Datuk Rahim Razali, Eman Manan, Datuk M. Nasir danĀ Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Kali terakhir Sasha muncul di layar perak adalah pada tahun lalu menerusi filem arahan Ahmad Idham berjudulĀ Mat Motor Otai.

Filem terbaru arahan Mamat Khalid ini masih tidak diketahui tarikh tayangannya. Kami akan bawa berita mengenai filem berbudget besar ini dari masa ke semasa

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment