Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sasha Calle Akan Bawa Watak Supergirl Dalam Filem “The Flash”

Selepas Michael Keaton dan Ben Affleck disahkah kembali sebagai Batman, filem “The Flash” yang dipimpin Ezra Miller terus mengembangkan lagi senarai pelakonnya dengan mengambil Sasha Calle (The Young and The Restless) sebagai Supergirl.

Pekara tersebut didedahkan pengarah Andy Muschietti menerusi pengumuman di media sosial Instagram miliknya. Anda boleh lihatnya dibawah. 


Filem solo pertama “The Flash” akan diinspirasikan dari komik “Flashpoint” ciptaan Geoff Johns dan Andy Kubert. “Flashpoint” telah diangkat dalam bentuk animasi menerusi filem “Justice League: The Flashpoint Paradox” dan siri televisyen seperti dalam siri “Arrowverse” dan musim ketiga “The Flash” yang disiarkan di The CW.

Filem terbaru DC / Warner Bros. akan datang diarahkan oleh Andy Muschietti (IT) berdasarkan skrip yang ditulis Christina Hodson. Semasa acara maya DC FanDome tahun lalu, Micheal Keaton dan Ben Affleck disahkan akan muncul dalam filem “The Flash” sebagai Bruce Wayne/Batman. 

Ezra Miller pertama kali muncul sebagai Barry Allen/The Flash menerusi filem arahan Zack Snyder, “Batman v Superman: Dawn of Justice” dan “Justice League”. 

“The Flash” kini dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.

 

Related posts

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”

Kakimuvee

Giancarlo Esposito Mengesahkan Pertemuan Dengan Marvel Studios, Berharap Dapat Bawa Watak Professor X

Kakimuvee

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Leave a Comment