Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Sasaran Utama Filem Badang Adalah Kanak-Kanak – Profesor Dr A Razak Mohaideen 


Pengarah filem adiwira tempatan Badang, Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen mendedahkan filem arahannya itu sebenarnya disasarkan kepada golongan kanak-kanak. Beliau memberitahu pekara demikian semasa ditemubual oleh wartawan Harian Metro baru-baru ini.

Pengarah tersebut menjelaskan kepada wartawan bagi menjawab kritikan peminat yang mengatakan filem arahannya itu tidak mempunyai kualiti.

“Oleh itu, jalan cerita Badang tidak boleh berat dan perlu mengandungi elemen disukai kanak-kanak. Apabila menyaksikan filem itu, cuba letak diri (anda) sebagai kanak-kanak,” – Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen 

Selain itu juga, apabila ditanya mengenai kritikan peminat terhadap filem Badang disebabkan ia dibintangi oleh Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, beliau berkata komen negatif itu timbul disebabkan segelintir netizen kurang menggemari Aliff.

“Ramai yang mengutuk sebenarnya belum menonton filem itu, dan membuat komen berdasarkan andaian saja. Ada juga hanya disebabkan kurang suka perwatakan sebenar Aliff,”


Baru ditayangkan 3 hari, nashkah terbaru dari pengarah bertaraf Profesor itu dikritik teruk oleh peminat, bukan sahaja disebabkan status pelakon utamanya, malah filem yang dihasilkan oleh pengarah tersebut tidak menunjukkan kualiti dari hasil tangan seorang pengarah yang mempunyai status akedemik yang tinggi.

Selain Aliff, turut membintangi filem Badang adalah Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi dan Azhari Zain.


Related posts

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari

Kakimuvee

Mael Totey The Movie Kutip Hampir RM700 Ribu Pada Hari Pertama

Kakimuvee