Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sara Ali Bakal Arahkan Filem

Sara-Ali-Cover

Pelakon Sara Ali bakal mengarahkan sebuah filem yang mengangkat sejarah peradaban Melaka pada tahun hadapan.

Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali, 26, berkata, dia memilih genre berkenaan sebagai subjek utama filem berkenaan kerana meminati sejarah selain tidak ramai pengarah berani tampil dengan karya seperti itu.


“Setakat ini saya tidak boleh dedahkan lagi butiran lanjut mengenai filem tersebut tetapi ia sebuah karya sejarah Melaka.

“Saya teruja dengan projek ini bukan hanya kerana saya bakal mengarahkan filem berkenaan tetapi konsep dan jalan cerita yang bakal ditampilkan cukup menarik,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sara berkata, penyelidikan untuk menghasilkan filem berkenaan telah pun dilakukan sejak lima tahun lalu.

Jelas Sara, dia dan pasukannya mengambil masa agak lama kerana ingin memastikan semua fakta yang ditemui adalah tepat.

“Saya bertuah kerana ada pasukan penyelidik yang begitu cekap dalam mengumpul maklumat yang diperlukan untuk filem itu nanti.

“Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar dan kini sedang dalam proses menghasilkan skrip,” jelasnya.

Sementara itu, Sara berkata, dia juga berasa lega apabila filem berkenaan mendapat perhatian beberapa pelabur untuk merialisasikan projek tersebut.

Malah katanya, pihaknya telah pun mendapat dana permulaan bagi pra-produksi filem itu.

“Menghasilkan sebuah filem bukan mudah terutamanya karya sejarah dan Alhamdulillah sokongan yang saya terima cukup memberangsangkan dan setakat ini ia berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sara berkata, dia bakal muncul dalam sebuah supertele terbitan Astro berjudul Beringin dalam masa terdekat ini.

Sumber: mStar Online

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment