Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Saoirse Ronan Bintangi Filem Biopik Drama “The Outrun”

Menurut Variety, calon Oscar, Saoirse Ronan telah dipilih untuk memainkan peranan utama dalam filem terbaru The Outrun, yang berdasarkan memoir terlaris berjudul sama karya Amy Liptrot. Ronan akan membawakan watak yang diilhamkan oleh Liptrot, yang telah dinamakan semula sebagai Rona dalam filem itu.

The Outrun akan diarahkan pembikin filem dari Jerman, Nora Fingscheidt, yang telah mengarahkan filem Netflix tahun 2021, The Unforgivable. Lakon layar ditulis bersama oleh Fingscheidt dan Liptrot. 


Filem ini mengisahkan tentang Rona, seorang wanita yang baru keluar dari pusat pemulihan yang pulang ke rumah di Kepulauan Orkney, Scotland selepas ketiadaannya lebih sedekad,” menurut sinopsis.

Di sana dia berhubung semula dengan landskap dramatik tempat dia dibesarkan. Semasa Rona bersiar-siar di Orkneys, dia mula menyatukan zaman kanak-kanaknya, kenangan yang bergabung dengan peristiwa mencabar yang lebih baru yang telah membawanya ke arah pemulihan.”

Ronan turut menjadi penerbit bersama Jack Lowden dan Dominic Norris menerusi syarikat produksi mereka Arcade Pictures. Filem ini diterbitkan secara eksekutif Protagonis Pictures bersama Brock Media. Setakat ini tidak dipastikan sama ada filem ini akan ditayangkan di pawagam ataupun perkhidmatan streaming.

Saoirse Ronan dikenali menerusi beberapa lakonan hebatnya dalam filem seperti Atonement, Brooklyn, Lady Bird dan Little Woman, yang telah membolehkannya tercalon dalam Anugerah Oscar. Pelakon itu akan muncul dalam beberapa filem terbaru seperti filem pembunuhan misteri See How They Run bersama Sam Rockwell dan Andrien Brody, dan filem sains fiksyen thriller Foe, bersama Paul Mescal.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment