Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Sangkar Terus Tambah Kutipan, Catat RM10.3 Juta Pada Hari Ke-17 Tayangan

Filem arahan Kabir Bhatia, Sangkar terus cemerlang dipentas box office tempatan apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM10.3 juta pada hari ke-17 tayangannya.

Kutipan terbaru itu menyaksikan Sangkar berjaya menolak filem seram Misteri Dilaila ke tangga keempat kutipan filem tempatan paling laris tahun 2019. Filem arahan Syafiq Yusof itu mencatatkan kutipan sebanyak RM 9.5 juta sepanjang tempoh tayangannya.

Kedudukan pertama dan kedua masih lagi dikuasai Boboiboy Movie 2 dengan kutipan sebanyak RM27 juta dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dengan kutipan sebanyak RM26 juta.

Sangkar mengisahkan tentang seorang atlet MMA, Adam, ingin menebus kesalahannya terhadap Johan yang cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang. Adam perlu bertarung dan memenangi pertandingan MMA bagi mendapatkan habuannya untuk membantu Johan sekeluarga.

Filem ini dibintangi beberapa pelakon hebat antaranya Remy Ishak, Zul Ariffin, Niezam Zaidi, Mira Filzah dan Nik Adam Mika.

Diarahkan oleh Kabir Bhatia dan ditulis oleh Mira Mustaffa, Sangkar kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan. Anda baca review kami disini. 

https://www.instagram.com/p/B2a8mk4nRXc/?utm_source=ig_web_copy_link

Related posts

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Gandingan Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Dalam Drama Adaptasi Novel ‘SUARA HATI’

Kakimuvee

Leave a Comment