Pengarah filem Afdlin Shauki kini sedang mengintai peluang untuk memasarkan filem berskala besarnya, “Sandakan Tears”, ke pasaran antarabangsa sebagai satu ujian untuknya menghasilkan sebuah karya yang hebat.
“Jujurnya, saya gementar juga kerana sudah lama tidak mengarahkan filem tetapi ia tidak boleh jadi alasan kerana saya ada tanggungjawab besar.”
“Jika semuanya berjalan lancar, saya yakin filem ini mempunyai potensi besar bukan sahaja untuk pasaran antarabangsa, tetapi peluang lebih besar dalam memperkenalkan industri perfileman tempatan di luar negara,”
Afdlin turut menyatakan,Ā untuk menjayakan filem ini dia akan bekerjasama dengan pengarah terkenal Hollywood, Roger Christian. Malah beliau juga bercadang untuk membawa bintang filem bersiri X-Men,Ā Hugh Jackman sebagai peneraju.
Menurut pengarah berusia 44 tahun itu berkata filem Sandakan TearsĀ Ā yang dijangka akan menelan belanja sekitar RM67.2 juta itu akan menjalani penggambaran di Sabah dan Australia.
Filem arahannya ini adalah berdasarkanĀ insiden dan sejarah yang pernah berlaku pada perang dunia ke-2 dimana tawanan tentera berikat telah dipaksa berjalan kaki oleh tentera Jepun dari Sandakan ke Ranau sepanjang 140 kilometer. Insiden ini dikenali sebagai Sandakan Death March.
Dalam pada itu, Afdlin memberitahu bahawa ketika ini dia sedang membuat draf kedua skrip filem tersebut sebelum ia dihantar ke pihak produksi di Hollywood untuk dinilai sebelum ia ke peringkat seterusnya.
Selain itu, beliau juga sedang berusaha untuk mencari pelabur dari Australia untuk merealisasikan pembikinan filem itu.
sumber: mStar.com.my