Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sandakan Tears, Filem RM48.7 Juta Arahan Afdlin Shauki

afdlin

Pengarah filem Afdlin Shauki dikhabarkan bakal mengarahkan filem berbudget tinggi iaitu Sandakan Tears yang akan membuat pengambaranya pada awal tahun hadapan.

Afdlin yang selama ini menyepi dari dunia perfileman kini tampil menyuarakan hasratnya untuk kembali aktif dalam bidang pengarahan filem sempena tahun baru 2017 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan buat masa ini hanya memberi tumpuan kepada program dan aktiviti komedi.

“InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, saya akan mengarahkan filem terbaru “Sandakan Tears” yang bakal menjalani penggambaran sekitar Mac depan di Sandakan dan Australia.

“Filem ini bertema sejarah. Kita cuba mengangkat satu kisah ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu suatu masa dahulu yang belum pernah difilemkan sebelum ini,” – Afdlin Shauki

Pengarah filem “Papadom 2” ini berkata filem terbarunya itu adalah berbahasa Inggeris yang mana ia akan menggunakan tenaga produksi dan pelakon Hollywood.

Filem yang mensasarkan untuk pasaran antarabangsa ini dikatakan akan menelan belanja sekitar ASD15 juta (RM48.7 juta).

Dalam pada itu, pemenang enam trofi anugerah Festival Filem Malaysia ini berkata menerusi filem terbaru arahannya ini dia mahu tampil berbeza dengan mengarah sebuah filem epik sekaligus dapat menguji kemampuannya sebagai seorang pengarah.

Sementara itu, Afdlin turut memberitahu pembikinan filem “Sandakan Tears” ini dapat memberi peluang kepada karyawan tempatan untuk meneroka pengalaman baru dan pada masa sama cuba mengintai pasaran luar.

sumber: Sinar Harian

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment