Slot Asia

Sana Khan Tinggalkan Dunia Hiburan

Views

Pelakon popular Bollywood, Sana Khan mula mengambil jalan baru dalam kehidupan apabila memilih untuk bertaubat dan memberi fokus kepada Islam. Dia juga turut mengumumkan untuk bersara dari industri hiburan.

Sana juga sudah 'membersihkan' akaun Instagram dan memadam semua kandungan yang menjadi kenangannya selama menjadi anak seni.

"Dalam beberapa hari ini, saya mula tertanya-tanya, adakah kehadiran seorang hamba Allah di dunia ini hanya untuk mengejar kekayaan dan nama?

"Jadi, saya ambil keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan buat selama-lamanya dan mengikut perintah Sang Pencipta," tulisnya.

Menurut bintang filem Big Boss 6 dan Jai Ho ini, dia juga memohon pengikut-pengikutnya mendoakan kesejahteraannya agar terus istiqomah.

Kepada saudara-saudari di luar sana, saya mohon untuk berdoa supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan saya mengikut perintah-Nya.

"Pada masa sama, saya dapat curahkan bakti kepada masyarakat dan dapat melalui dugaan-dugannya," tulisnya.

Kini, Sana hanya meninggalkan 99 hantaran di Instagram yang terdiri daripada hantaran yang tidak ada kaitan dengan dunia hiburan.

Sumber: Harian Metro

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks