Berita

Samuel L. Jackson Percaya Mace Windu Terselamat Dalam Filem REVENGE OF THE SITH

Views

Tidak dapat disangkal lagi bahawa karakter Mace Windu lakonan Samuel L. Jackson antara menjadi tarikan utama dalam trilogi prekuel Star Wars. Malangnya, kisah watak itu tidak bertahan lama apabila tewas di tangan Canselor Palpatine selepas rahsianya terbongkar di kemuncak Star Wars: Revenge of the Sith, 

Bagi pelakon yang terkenal dengan watak Nick Fury itu, dia merasakan Windu masih hidup dan terselamat selepas terjatuh dari bangunan yang tinggi.

Semasa wawancara dengan Entertainment Weekly baru-baru ini, laman web tersebut mengemukakan komen Jackson di mana dia menjelaskan bahawa George Lucas memutuskan untuk membunuh Windu dalam Revenge of the Sith kerana kematiannya akan lebih bermakna daripada orang lain pada ketika itu.

Namun, Jackson juga menambah bahawa, “Di dalam fikiran saya, saya tidak mati! Jedi boleh jatuh dari tempat tinggi dan tidak mati.”

Ketika ditanya adakah Windu berpeluang untuk muncul dalam filem akan datang, Jackson menjelaskan bahawa dia berminat untuk melihat karakternya itu kembali.

Jackson turut mendedahkan bahawa di telah berbicara dengan Lucas mengenai karakter Windu, dan pembikin filem itu bersetuju dengan pandangannya dimana Jedi Master itu mungkin masih lagi hidup dan sihat, bagaimanapun dia mengakui bahawa “George Lucas tiada lagi perancangan terhadap Windu”

BACA:  Kristen Stewart Bawa Watak Puteri Diana Dalam Filem Drama SPENCER

Keputusan untuk membawa kembali Mace Windu ke layar perak kini bergantung kepada Lucasfilm. Jika mereka boleh membawa kembali Boba Fett yang disangkakan mati dalam Return of Jedi, tidak mustahil karakter Windu boleh melakukan pekara yang sama. Tambahan pula, mungkin ramai peminat Star Wars berminat untuk melihat Jackson kembali ke francais Star Wars.

Tinggalkan Balasan

shares