Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Samuel L. Jackson Goda Kepulangannya Sebagai Nick Fury Dalam Gambar Terbaru

Samuel L. Jackson akan mengenakan janggutnya sekali lagi!

Pelakon ikonik itu menggoda peminat dengan menyatakan bahawa dia akan kembali sebagai Nick Fury. Walaupun tidak menyatakan filem apa, dijangkakan dia akan kembali dalam filem Marvel Studios yang akan datang, The Marvels.

Dalam catatan yang dibuat di media sosial Instagram, Jackson berkongsi beberapa siri gambar untuk sekuel akan datang. Gambar pertama, dia kongsikan janggut dan misai palsu untuk watak Nick Fury, manakala gambar lain menunjukan Jackson mengenakan t-shirt grafik bertema Captain Marvel.

Dengan Jackson nampaknya mulai bersedia, pekara-pekara menarik di The Marvels semakin menjadi hangat untuk dibincangkan. Dalam wawancara terbaru di SiriusXM, bintang utama Brie Larson mendedahkan bahawa produksi filem itu telah dimulakan secara rasmi, dan menjanjikan ia akan menjadi filem yang besar.

The Marvels menyaksikan kepulangan pemenang Oscar, Brie Larson sebagai Carol Danvers/Captain Marvel, yang mana wataknya kali terakhir dilihat semasa peristiwa dalam filem Avengers: Endgame. Sekuel akan datang diarahkan oleh Nia DaCosta (Candyman), dari lakon layar yang ditulis oleh Megan McDonnell.

Menyertai Larson dalam sekuel akan datang adalah bintang WandaVision, Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau, dan pendatang baru MCU, Iman Vallani sebagai Kamala Khan/Ms. Marvel. Pelakon Inggeris Zawe Ashton (Velvet Buzzsaw) akan memainkan watak pejahat utama, manakala Jude Law dikhabarkan akan kembali sebagai Yon-Rogg. Bintang popular Korea Selatan, Park Seo-Joon turut membintangi filem ini, bagaimanapun wataknya masih belum didedahkan.

Captain Marvel membuat debut pada 2019 dimana ia berjaya mengutip $1.1 billion dolar seluruh dunia, menjadikan filem kelima paling laris pada tahun itu. Filem tersebut turut menampilkan Samuel L. Jackson dan Ben Mendelsohn, yang akan turut membintangi siri Disney+ mereka sendiri, Secret Invasion.

The Marvels ditetapkan tayangan pada 11 November 2022.

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Poster & Gambar Terbaru ” Uncharted” Goda Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment