Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Samuel L. Jackson Dan Cobie Smulders Sertai Spider-Man: Far From Home


Pelakon terawal dalam Marvel Cinematic Universe, Samuel L. Jackson dan Cobie Smulders akan menyertai Tom Holland dalam penggembaraan Spider-Man seterusnya, Spider-Man: Far From Home.

Samuel L. Jackson sebelum ini pernah dikaitkan dengan filem solo kedua Spider-Man itu selepas dia memuatnaik gambar yang berkaitan dengan Nick Fury di laman Instagram miliknya. Sementara itu, Cobie Smulders akan kembali membawakan wataknya sebagai Maria Hill, orang kanan Nick Fury.

Sekuel Spider-Man ini menyaksikan Peter Parker akan meninggalkan kota New York dan berada di Eropah selepas kejadian dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4.

Spider-Man: Far From Home akan diarahkan oleh Jon Watts manakala Chris McKenna dan Erik Sommers kembali sebagai penulis skrip. Filem pertama dalam fasa 4 Marvel Cinematic Universe ini sedang sibuk melakukan penggambaran mereka di Eropah. Jake Gyllenhaal turut membintangi filem ini dengan membawakan watak antagonis. Selain itu juga, pelakon dari filem pertama iaitu Zendaya, Jacob Batalon, dan Tony Revolori akan kembali membawakan karakter masing-masing.

Filem akan datang Marvel Studios ini akan menemui penonton pada 5 Julai 2019.



Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee