Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Samuel L. Jackson akan berkerjasama dengan Chris Pratt dalam filem akan datang Garfield, lapor Deadline.

Jackson akan memainkan watak baharu dalam dunia Garfield sebagai Vic, yang merupakan ayah kepada watak utama. Pelakon legenda itu akan menyertai barisan pelakon yang menampilkan Pratt sebagai watak ikonik dari komik strip popular itu. 


Berkemungkinan besar, filem animasi itu akan menampilkan beberapa tokoh utama dari dunia Garfield, termasuklah tuannya, Jon Arbuckle, haiwan peliharaan tuannya yang lain, Odie si anjing dan banyak lagi. 

Alcon Entertainment (Blade Runner 2049, Prisoners) akan mengeluarkan filem akan datang dengan David Reynolds (Finding Nemo, A Bug’s Life) sebagai penulis skrip. Mark Dindal, yang terlibat dalam projek Chicken Little dan The Emperor’s New Groove, akan menjadi pengarah. 

Walaupun usianya semakin meningkat, Jackson masih sibuk dengan jadualnya sebagai pelakon. Tahun ini, Jackson disahkan membintangi filem Paws of Fury: The Legend of Hank, satu lagi peranan suara untuk Jackson.

Pelakon itu juga baru-baru muncul dalam siri Apple TV+ The Last Days of Ptolemy Grey dan bakal muncul dalam siri Disney+ yang dinantikan, Secret Invasion.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment