Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Samuel L. Jackson Bawa Watak Utama Dalam Siri Disney+ Nick Fury

Selain penampilannya dalam filem Captain Marvel, Nick Fury mempunyai peranan yang agak kecil dalam MCU sejak beberapa tahun terakhir.

Walau bagaimanapun, pekara ini akan segara berubah apabila Variety melaporkan bahawa Samuel L. Jackson kembali meneruskan peranannya sebagai Nick Fury dalam siri terbaru Marvel Disney+. Laporan turut menyebut, Jackson akan turut bertindak sebagai penerbit eksekutif siri akan datang. 

Buat masa ini, Disney+ tidak memberi apa-apa maklumbalas terhadap laporan yang diterbitkan Variety, namun sumber menyebut, Kyle Bradstreet akan menjadi penulis lakonlayar serta penerbit eksekutif. 

Jackson telah memainkan peranan Fury sejak babak kredit Iron Man dan telah membuat dua penampilan istimewa dalam siri Marvel ABC, Agents of S.H.I.E.L.D serta beberapa kemunculan dalam filem-filem Marvel. Penampilan terakhirnya dalam MCU datangnya dari filem Spider-Man: Far From Home, yang mendedahkan bahawa Nick Fury tidak lagi berada di Bumi. Sebaliknya, dia berada diangkasa, dalam kapal angkasa Skrull. 

Butiran lanjut mengenai siri Nick Fury masih belum diketahui. 

Related posts

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Leave a Comment