Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Samuel L. Jackson Akan ‘Dimudakan’ Dalam Filem Captain Marvel

Sejak kebelakangan ini, Marvel Studios sering menggunakan teknologi ‘anti-penuaan’ terhadap beberapa karakter yang muncul dalam babak-babak ‘flashback’ filem mereka. Robert Downey Jr. misalnya telah ‘dimudakan’ dalam babak flashback filem Captain America: Civil War, begitu juga dengan Kurt Russell dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan yang terbaru babak flashback yang melibatkan pelakon Michael Douglas, Michelle Pfeiffer serta Laurence Fishburne dalam filem Ant-Man and The Wasp. 

Yang terbaru, pelakon Samuel L. Jackson juga bakal menggunakan teknologi yang sama dalam filem terbaru beliau berjudul Captain Marvel. Menurut Presiden Marvel Studios, Kevin Fiege, pelakon tersebut akan kelihatan 25 tahun lebih muda dalam filem terbaru mereka itu. Malah bos Marvel Studios itu juga menyifatkan, teknologi anti-penuaan digitial begitu menakjubkan.

“without spoiling anything, Sam Jackson is shooting a movie for us right now where he’s entirely 25 years younger the whole movie,”

Menurutnya lagi, teknologi itu juga akan digunakan pada pelakon Clark Gregg yang akan membawakan watak ejen S.H.I.E.L.D. Phil Coulson.

Captain Marvel akan mengisahkan tentang Carol Danvers yang bakal menjadi adiwira paling hebat di galaksi semasa Bumi terperangkap dalam perang galaktik antara dua bangsa makhluk asing iaitu Kree dan Skrull. Ianya akan berlatarbelakang awal 90an dan akan menceritakan sejarah yang tidak pernah ditunjukkan dalam Marvel Cinematic Universe.

Selain Samuel L. Jackson dan Clark Gregg, filem ini turut melibatkan Brie Larson yang akan membawakan karakter Carol Danvers aka Captain Marvel, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, with Annette Bening, dan Jude Law.

Captain Marvel kini sedang dalam penggambaran dan akan menemui penonton pada 8 Mac 2019

Related posts

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

“Nomadland” & “Borat Subsequent Moviefilm” Ketuai Senarai Pemenang Golden Globes 2021

Isqandar

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman