Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sambut 20 Tahun Magis Filem HARRY POTTER Bersama Cartoon Network & HBO GO

Keluarkan kayu sakti dan bersiap sedia dengan mantera, azimat dan posyen anda untuk meraikan ulangtahun ke-20 filem Harry Potter and the Sorcerer’s Stone bersama Cartoon Network dan HBO GO .

Buat pertama kalinya, empat filem pertama daripada 8-filem siri Harry Potter akan ditayangkan di Cartoon Network (Astro Ch 615) setiap dua minggu, bermula dengan yang pertamanya pada hari Sabtu, 13 November jam 8pm. Tandai tarikh-tarikh ini untuk mengikuti penceritaan The Boy Who Lived dan perjuangannya menentang Voldemort:

  • Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, 13 November
  • Harry Potter and the Chamber of Secrets, 27 November
  • Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, 11 Disember
  • Harry Potter and the Goblet of Fire, 25 Disember

Semua filem Harry Potter turut tersedia untuk ditonton secara penstriman di HBO GO.  Empat filem terakhir siri filem tersebut akan debut di Cartoon Network awal 2022.

Dan magis itu berterusan dengan pelancaran acara pertandingan Wizarding World secara maya baharu, Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses, yang akan mula distrim pada Isnin, 29 November, secara eksklusif menerusi HBO GO.

Acara tersebut, yang diacarakan oleh aktres terbaik Academy Award® Helen Mirren, meneruskan semangat para peminat Wizarding World pada tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Menampilkan beratus soalan trivia dan kejutan tetamu istimewa, acara yang akan diingati seumur hidup ini akan mendedahkan siapa dalam kalangan peminat yang memiliki ilmu paling meluas tentang setiap perincian galaksi Harry Potter apabila mereka bertanding bagi membawa pulang kejuaraan trofi ‘Tournament of Houses’.

Kesemua ini adalah apa yang akan berlangsung sebelum hujung tahun. Para peminat boleh mengikuti, berkongsi keterujaan di media sosial dengan #20YearsofMovieMagic.

Temui Lebih Banyak Magis Atas Talian

Para peminat juga dijemput untuk melawati laman sesawang, HarryPotterMovie20.com dan dapatkan kandungan eksklusif dari momen-momen ikonik filem tersebut yang telah memulakan fenomena teatrikal global ini.

Imbau dari filem yang pertama, latih kemahiran ilmu anda dengan pengacara kuiz, tonton sedutan kerja belakang tabir dan belajar lebih mendalam tentang budak sihir kesayangan ramai termasuk kawan-kawannya, binatang menggerunkan dan barangan magis serta banyak lagi. Dipenuhi dengan banyak fakta menarik dan penampilan istimewa, laman web tersebut akan membuatkan anda terus jatuh cinta lagi dan lagi dengan dunia Wizarding!

Para peminat juga akan berpeluang untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai kepakaran menjadi ‘Quidditch seeker’ dengan mencuba filter Instagram baharu ” Wizarding World “Catch the Snitch”.

Tambah Koleksi Hogwarts Anda

Jangan ketinggalan untuk merebut beberapa barangan koleksi, bersama-sama dengan mainan, aksesori dan kit DIY untuk mengubah rumah anda dan menghidupkan Wizarding World, dengan cara istimewa anda sendiri.

Para peminat di Malaysia, bersedia untuk pengembaraan yang mempesonakan dengan kayu sakti, set mainan dan anak patung Wizarding World Spin Master yang bakal dilancarkan pada bulan November ini.

Kalau anda sedang mencari apa agaknya aktiviti yang ingin dilakukan bersama orang tersayang, Mattel telah melancarkan permainan papan edisi khas – Harry Potter Scrabble and Harry Potter Pictionary Air. Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment