Official Trailer

Samara Weaving Mengejar Daniel Radcliffe Dengan Bazooka Dalam Klip Filem GUNS AKIMBO

Views

Saban Films telah melancarkan klip pertama filem aksi komedi berjudul Guns Akimbo yang menampilkan Miles (Daniel Radcliffe) cuba melarikan diri dari bazooka milik Nix (Samara Weaving) dengan bantuan bekas teman wanitannya. Filem arahan Jason Lei Howden ini akan menemui penonton tempatan mulai 5 Mac ini.

Anda boleh saksikan klip filem dibawah.

Ditetapkan dimasa hadapan, filem ini memberi fokus kepada pemaju permainan video (Daniel Radcliffe) yang membuat kesilapan mengusik orang yang salah dilaman Internet. Setelah tersedar dari pengsan akibat dibelasah, dia mendapati tangannya telah dikunci dengan dua pucuk pistol, dan dipaksa untuk menyertai satu permainan maut atas talian. Tugasan pertamanya, membunuh lawannya yang agak sukar, iaitu Nix.

Guns Akimbo telah ditayangkan di Toronto International Festival Filem pada tahun lalu serta beberapa festival filem yang lain dan telah mendapat maklumbalas yang cukup positif dari para penonton. 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks