Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Samara Weaving Bawa Watak Scarlett Dalam Filem Spin Off G.I. Joe “Snake Eyes”!

Bintang filem Ready or Not, Samara Weaving dilaporkan menyertai barisan pelakon filem Snake Eyes dengan memainkan peranan sebagai Scarlett. Sementara itu, seorang lagi pelakon iaitu Takehiro Hira (Love Girls and Love Hotels) juga telah dipilih untuk memainkan peranan sebagai antagonis utama filem spin off G.I Joe itu.

Mereka berdua akan menyertai pelakon Henry Golding yang memainkan watak utama Snake Eyes, Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes dan Haruka Abe yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini, manakala skrip ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ianya akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

Produksi dijangka akan bermula pada musim luruh ini bertempat di Vancouver dan kemudiannya di Tokyo, Jepun.

Setakat ini, tarikh tayangan filem Snake Eyes masih belum diketahui.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment