Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sam Raimi Sahkan Filem Kelima Evil Dead Sedang Dalam Pembikinan


“There’s more Evil Dead coming,” itulah jawapan yang diberikan pengarah Sam Raimi apabila ditanya wartawan mengenai filem Evil Dead seterusnya. Menurut bekas pengarah filem Spider-Man itu, filem kelima Evil Dead kini sedang dalam pembikinan dan bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Sam Raimi ditemui ketika mempromosikan filem reboot The Grudge terbitan Ghost House Pictures semasa di New York Comic Con yang kini sedang berlangsung.

Spekulasi mengenai filem kelima Evil Dead mula timbul selepas Raimi berkata kepada  Bloody Disgusting bahawa dia “berminat untuk hasilkan satu lagi filem”.

“I don’t think TV is in [the franchise’s] future but we’re talking about — Bruce, [producer] Rob [Tapert] and myself — one or two different ways to go for the next movie. We’d like to make another Evil Dead feature and in fact we’re working on some ideas right now.”

Pengarah filem reboot Evil Dead dan Don’t Breath, Fede Alvarez dilaporkan mungkin akan kembali dalam filem kelima itu nanti, dan bintang trilogi Evil Dead, Bruce Campbell hanya akan bertindak selaku penerbit. Raimi dikatakan ingin cuba membawa Campbell ke bidang lakonan dengan muncul dalam filem terbarunya itu, namun segala-gala bergantung kepada pelakon tersebut.


“I would be thrilled if Bruce Campbell changed his mind about retirement, would come back for the original Evil Dead line,”

“But if not, I’m very happy to work with, if Fede would come back and make the sequel… but he’s such a big shot now. He’s so successful, an artist in demand, that I don’t think he’d want to do that.”

Setakat ini tidak banyak maklumat mengenai filem kelima Evil Dead. 


Related posts

Gambar Terbaru “Evil Dead Rise” Beri Pandangan Pertama Watak Utama

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

‘Evil Dead Rise’ Akan Ditayangkan Pada April 2023

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee