Berita

Sam Raimi Sah Arahkan ‘Doctor Strange 2’

Views

Januari yang lalu, pengarah Scott Derrickson tiba-tiba meninggalkan produksi Doctor Strange in the Multiverse of Madness, kerana perbezaan kreatif. Sebulan kemudian, Sam Raimi dilaporkan memasuki fasa perbincangan dengan Marvel Studios untuk mengambil alih kerusi pengarahan sekuel Doctor Strange yang ditinggalkan Scott Derrickson.

Namun selepas itu, tiada perkembangan lanjut mengenai perbincangan diantara kedua-dua belah pihak sehinggalah Raimi ditemubual portal ComingSoon.net. Dalam tembual tersebut, Raimi secara santai dan berjenaka mengesahkan bahawa dia akan mengarahkan filem Doctor Strange 2. 

Menurut pengarah itu, Doctor Strange merupakan antara karakter komik kegemarannya ketika kecil, dan pernah memasukkan 'easter egg' karakter tersebut ke dalam filem Spider-Man 2 yang diarahkannya. Kini dia merasa gembira kerana secara kebetulan akan mengarahkan sekuel Doctor Strange.

“I loved Doctor Strange as a kid, but he was always after Spider-Man and Batman for me, he was probably at number five for me of great comic book characters,”

“He was so original, but when we had that moment in Spider-Man 2 I had no idea that we would ever be making a Doctor Strange movie, so it was really funny to me that coincidentally that line was in the movie. I gotta say I wish we had the foresight to know that I was going to be involved in the project.”

Doctor Strange in the Multiverse of Madness menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali meneruskan wataknya sebagai Doctor Stephen Strange. Dia akan disertai Elizabeth Olsen yang memainkan peranan sebagai Scarlet Witch/Wanda Maximoff, serta beberapa dari pelakon filem pertama seperti Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, dan Benedict Wong.

Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi terdapat khabar angin yang menyatakan Nightmare bakal menjadi penjahat utama dalam filem akan datang.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan menemui penonton pada 5 November 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks