Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sam Raimi Dedahkan Perancangan Filem Terbaru Evil Dead


Siri televisyen Ash vs. Evil Dead mungkin dibatalkan, tetapi peminat francais Evil Dead boleh bergembira apabila Sam Raimi – pengarah trilogi dan penerbit siri televisyen Evil Dead – mendedahkan bahawa perancangan filem terbaru Evil Dead kini sudah bermula.

Pengarah tersebut berkata demikian ketika ditemubual Bloody – Disgusting untuk mempromosikan filem terbaru terbitan beliau berjudul Crawl. 

Sam Raimi berkata, dia, Bruce Campbell (pelakon asal Evil Dead) dan penerbit, Rob Tapert kini sedang membincangkan idea untuk menghasilkan filem terbaru Evil Dead. 

We’d like to make another Evil Dead feature and in fact we’re working on some ideas right now.”

Ketika ditanya mengenai hala tuju filem keempat Evil Dead, Raimi mendedahkan, dia gembira jika Bruce Campbell kembali dari persaraannya dan berpeluang meneruskan siri asal Evil Dead. Dia juga memberitahu, sekirannya Campbel tetap mahu bersara, dia mungkin akan bekerjasama dengan Fede Álvarez untuk menghasilkan sekuel Evil Dead (2013).


Bagaimanapun, Raimi tidak mahu mendedahkan pilihan ketiganya, dia sekadar memberitahu agar menunggu sekurang-kurangnya 6 bulan lagi untuk mengentahui perkembangan projek terbarunya itu

Apapun kita nantikan perkembangan filem terbaru Evil Dead. Cuma sekadar bertanya, adakah anda teruja melihat filem terbaru Evil Dead dihasilkan?


Related posts

Gambar Terbaru “Evil Dead Rise” Beri Pandangan Pertama Watak Utama

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

‘Evil Dead Rise’ Akan Ditayangkan Pada April 2023

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee