Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Saluran baharu, Jackie Chan (Ch 400) untuk pelanggan Astro Movies Pack

Astro teruja untuk menawarkan pelanggan Astro Movies Pack lebih banyak filem kegemaran mereka, dan berbesar hati menampilkan filem dari salah seorang bintang komedi aksi popular yang disukai di Malaysia, Jackie Chan, yang turut meraikan ulang tahun kelahirannya ke-66.

Saluran baharu, Jackie Chan (Ch 400) disediakan untuk pelanggan Astro Movies Pack dari 26 Mac hingga 30 April 2021 tanpa caj tambahan menerusi Astro, Astro GO dan On Demand, seiring dengan permulaan menarik untuk sambutan ulang tahun ke-25 Astro. 

Para pelanggan dapat menikmati lebih daripada 20 filem Jackie Chan yang ikonik termasuk filem klasik Hong Kong yang memenangi anugerah dari tahun 1970-an hingga 2000-an, yang juga melonjaknya menjadi bintang di seluruh wilayah dan mewujudkan genre komedi Kung Fu yang popular hari ini. 

Filem-filem ini termasuk:

Siri filem aksi mempertahankan diri Hong Kong, Projek A dan sekual, Project A Part II.

Siri filem aksi jenayah Hong Kong, Police Story 1, Police Story 2, and Police Story 3: Super Cop yang dibintangi Michelle Yeoh, pelakon Malaysia yang turut dikenali di peringkat dunia. 

Filem aksi komedi klasik Hong Kong, Armour of God and sekuel Armour of God II: Operation Condor.

Filem aksi Hong Kong, The Canton Godfather, hasil usaha sutradara Chan yang juga membintangi filem ini bersama bintang-bintang Hong Kong termasuk Anita Mui dan Wu Ma. 

Filem aksi komedi Hong Kong, My Lucky Stars, filem aksi mempertahankan diri, Wheels on Meals, dan Dragon Lord menampilkan adegan pergaduhan dengan pelbagai aksi. 

Filem aksi komedi pengembaraan Cina, Kung Fu Yoga dan banyak lagi. 

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha