Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Video Star Wars: The Rise of Skywalker Sempena Expo D23

Semasa Expo D23 pada hujung minggu yang lalu, studio Lucasfilm telah mempertontonkan kepada pengunjung video istimewa filem Star Wars: The Rise of Skywalker yang menampilkan pandangan pertama beberapa karakter baru serta suasana dalam saga terakhir Skywalker.

Selainitu juga, terdapat rakaman yang menujukkan sisi gelap Rey yang menggunakan ‘double-bladed red lightsaber’. Anda boleh tonton video tersebut dipemain video dibawah.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Diarahkan oleh J. J. Abrams dan ditulis sendiri oleh J.J bersama Chris Terrio, Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

Related posts

Tarikh Tayangan Filem Reboot “Wrong Turn” Didedahkan DalamTrailer Terbaru

Kakimuvee

Cho Seung Woo & Park Shin Hye Bergandingan Untuk Selamatkan Dunia Dalam Teaser “Sisyphus: The Myth”

Zulaikha

LOVE (FT. MARRIAGE AND DIVORCE) TEASES TROUBLE IN PARADISE FOR 3 MARRIED COUPLES TRYING TO FIND TRUE LOVE

Kakimuvee

Frank Grillo & Mel Gibson Dalam Trailer Filem Sci-Fi Thriller, “Boss Level”

Kakimuvee

Kabir Bhatia Kembali Dengan Filem “Kerana Korona”

Isqandar

[TRAILER] Kisah The Rock Diceritakan Dalam Sitcom “Young Rock”

Kakimuvee