Video

Saksikan Video Istimewa Maleficent: Mistress of Evil Yang Memaparkan Niat Sebenar Ratu

Views

Walt Disney Pictures telah melancarkan video istimewa filem fantasi terbaru Maleficent: Mistress of Evil, yang memaparkan rakaman terbaru dari filem tersebut. Anda boleh saksikannya dibawah.

Berlatarbelakangkan selepas beberapa tahun sejak filem pertama Maleficent pada tahun 2014, Maleficent: Mistress of Evil akan meneroka hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk itu dan Puteri Aurora, yang bakal menjadi ratu. Dalam pergelutan mereka untuk melindungi kawasan mereka dan makhluk ajaib di sana, muncul musuh baru.

Diarahkan Joachim Rønning, filem kedua ini ditulis oleh penulis skrip Linda Woolverton dan Micah Fitzerman-Blue & Noah Harpster.

Angelina Jolie dan Elle Fanning kembali membawakan watak masing-masing iaitu pari-pari Maleficent dan Princess Aurora, mereka turut dibantu beberapa pelakon lain iaitu Ed Skrein, Sam Riley, Harris Dickinson, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville, Chiwetel Ejiofor, dan Michelle Pfeiffer.

Maleficent: Mistress of Evil akan mula ditayangkan dipawagam tempatan pada 17 Oktober 2019

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks