Netflix telah melancarkan featurette terbaru filem Extraction yang memaparkan video belakang tabir pembikinan adegan aksi. Filem yang diterbitkan Russo Brothers ini dibintangi Chris Hemworth sebagai Tyler Rake, bekas askar upahan cuba menyelamatkan anaknya dari penjenayah antarabangsa.
Extraction bertempat didunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, dan berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan diantara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.
Barisan pelakon terdiri daripada Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.
Diarahkan koordinator lagak ngeri Atomic Blonde, Sam Hargrave, Extraction akan menemui penonton pada 24 April ini, eksklusif di Netflix.