Universal Pictures melancarkan TV Spot terbaru Jurassic World : Fallen Kingdom dengan memaparkan ucapan selamat datang ke dunia dinosaur dari Dr. Ian Malcolm. Anda boleh tonton tv spot berkenaan dibawah.
Jurassic World: Fallen Kingdom diarahkan oleh J.A. Bayona, manakala Steven Spielberg dan Colin Trevorrow bertindak selaku penerbit eksekutif. Selain Chriss Pratt dan Bryces Dallas Howard, Jurassic World turut dibintangi oleh James Cromwell, Ted Levine, Justice Smith, Geraldine Chaplin, Daniella Pineda, Toby Jones, Rafe Spall, while BD Wong dan Jeff Goldblum
Fallen Kingdom menyaksikan watak Owen lakonan Chris Pratt dan Claire lakonan Bryce Dallas Howard kembali ke kepulauan Nublar untuk cuba menyelamatkan dinosor yang diancam letusan gunung. Semasa mereka disana, mereka mendapati terdapat konspirasi disebalik operasi menyelamat yang boleh menyebabkan dinosaur kembali menguasai Bumi
Jurassic World: Fallen Kingdom akan menemui penonton pada 22 Jun 2018