Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan TV-Spot Terbaru Frozen 2 Serta Karakter Poster Yang Sangat Menarik!

Disney telah melancarkan tv-spot terbaru filem animasi yang paling dinantikan peminat, Frozen 2 berserta beberapa poster karakter yang cantik untuk dijadikan latarbelakang telefon pintar anda. Anda boleh saksinya kesemua dibawah.

Frozen 2 dibintangi pelakon suara seperti Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad, dan Santino Fontana yang meneruskan watak masing-masing. Mereka turut disertai dua pelakon baru filem ini iaitu Evan Rachel Wood sebagai sebagai Queen Iduna, ibu kepada Anna dan Elsa serta Sterling K. Brown sebagai Lieutenant Mattias, ketua kepada sekumpulan askar Arendelle yang telah terperangkap dalam hutan misteri selama 30 tahun.

Kenapa Elsa dilahirkan dengan kekuatan ajaib? Jawapannya telah memanggil dan mengancam kerajaannya. Bersama-sama dengan Anna, Kristoff, Olaf dan Sven, dia akan meneruskan perjalanan yang berbahaya tetapi luar biasa. Dalam filem pertama, Elsa takut kekuasaannya terlalu berat, manakala dalam filem kali ini ,dia mesti berharap ianya cukup.

Pasukan kreatif Frozen 2 terdiri daripada Jennifer Lee dan Chris Buck yang bertindak selaku pengarah manakala Peter Del Vecho selaku penerbit. Ia turut disertai penulis lagu Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Pelakon suara  Kristen Bell, Idina Menzel, dan Josh Gad kembali meneruskan watak masing-masing.

Filem animasi ini akan menemui penonton tempatan pada 21 November 2019.

POSTER KARAKTER

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee