Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Menjelang debut di Disney+ Hotstar pada 11 Ogos ini, Marvel Studios telah melancarkan beberapa bahan promosi siri animasi asli MCU What If…? yang terdiri daripada video klip iklan, dan poster terbaru. 

Dalam video TV-Spot dibawah, peminat akan mendapat gambaran tentang siri What If…?, bagaimana satu pekara kecil boleh mengubah segala-galanya. Sementara itu, beberapa lakaran promo telah didedahkan kepada umum, menggoda beberapa watak menarik seperti Zombie Captain America dan Doctor Strange Supreme Variant. 

Mencipta semula pelbagai kemungkinan yang tidak terhingga, What If …? menampilkan watak kegemaran peminat, termasuklah Peggy Carter, T’Challa, Doctor Strange, Killmonger, Thor dan banyak lagi.

Siri baru, yang diarahkan oleh Bryan Andrews dengan AC Bradley sebagai ketua penulis, menampilkan aksi terkenal MCU dan ‘twist’ yang mengejutkan. Siri animasi pertama Marvel Studios ini akan dilancarkan di Disney+ Hotstar pada hari Rabu, 11 Ogos.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment