Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Saksikan Trailer Violet Evergarden: Eternity And The Auto Memory Doll Yang Akan Ditayangkan 7 November Ini

Kepada peminat anime Violet Evergarden, jangan lupa saksikan filem Violet Evergarden: Eternity and the Auto Memory Doll yang akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 7 November ini.

Sebuah kisah sampingan kepada siri “Violet Evergarden”, filem ini berkisarkan tentang seorang waris muda Isabella York yang merasakan dirinya terperangkap di dalam rumahnya. Di bawah sebuah `kontrak` dengan bapanya, dia perlu menyertai akademi perempuan yang hanya boleh dimasuki oleh gadis-gadis muda dari keluarga terhormat. Dia hilang segala harapan dan jangkaan untuk masa depannya, sehinggalah dia bertemu guru barunya, Violet Evergarden.

Ini merupakan filem pertama Kyoto Animation selepas tragedi berdarah yang menyaksikan lebih 30 staf terbunuh.

Violet Evergarden: Eternity and the Auto Memory Doll diarahkan oleh Haruka Fujita, dan disuarakan pelakon Yui Ishikawa, Minako Kotobuki  Aoi Yuki.

Filem ini diedarkan untuk pasaran Malaysia oleh syarikat edaran filem ATriNaga Sdn Bhd

POSTER

Related posts

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee