Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Saksikan Trailer The Sacred Riana: Beginning Disini!

Juara Asia Got Talent & finalist America’s Got Talent, The Sacred Riana bakal muncul dalam filem fantasi seram berjudul The Sacred Riana: Beginning.

Sejak kecil, Riana tinggal bersama kedua ibu bapanya, yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian, di sebuah bandar kecil. Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka.

Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riani. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu. Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh.

Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.

Filem arahan Billy Christian ini dibintangi The Sacred Riana yang akan memainkan watak utama. Dia turut disertai beberapa pelakon lain termasuklah Aura Kasih, Agatha Chelsea, dan Prabu Revolusi.

The Sacred Riana: Beginning akan menemui penonton pada 12 Disember ini.

Related posts

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

Leave a Comment