Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Trailer The Lion King Versi Hindi Yang Menampilkan Shah Rukh Khan Sebagai Mufasa


Bulan lalu Walt Disney Studios telah mengumumkan dua bintang Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan anaknya, Aryan Khan akan menyumbangkan suara mereka dalam filem The Lion King versi Hindi.

Terbaru, Disney telah melancarkan trailer rasmi filem The Lion King versi Hindi, dan buat pertama kalinya peminat dapat mendengar suara Shah Rukh Khan sebagai Mufasa.

Aryan Khan akan menyumbang suara untuk watak Simba, manakala beberapa pelakon lain seperti Ashish Vidyarthi akan membawakan suara Scar, Shreyas Talpade sebagai Timon dan Asrani sebagai Zazu.

Filem ‘live action’ The Lion King ini merupakan adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta.

Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.


The Lion King akan menemui penonton di Malaysia 18 Julai 2019


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee