Official Trailer

Saksikan Trailer Terbaru The New Mutants

Views

20th Century Fox akhirnya melancarkan trailer terbaru filem The New Mutants, filem X-Men terakhir yang lama dinantikan peminat.

Dalam trailer tersebut, ia memaparkan kuasa luarbiasa yang ada pada setiap karakter utama. Lakonan Anya Taylor-Joy dan Maisie Williams, The New Mutant dijadualkan tayangan pada 3 April tahun ini. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Fox dengan kerjasama Marvel Entertainment membawakan kepada penonton sebuah filem seram ngeri, adaptasi dari komik Marvel The New Mutants. Sekumpulan mutant muda telah ditahan disebuah hospital yang terasing untuk dijadikan ujikaji psikatrik. Apabila pekara pelik berlaku, abiliti mutant dan persahabatan mereka teruji demi perjuangan untuk keluar dari tempat yang menakutkan itu.

Filem ini diarahkan Josh Boone berdasarkan skrip yang ditulis Boone sendiri bersama-sama Knate Lee. The New Mutants diklasifikasikan sebagai PG-13.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks