Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Trailer Terbaru Sonic The Hedgehog Yang Memaparkan Rekabentuk Terbaru Sonic

Selepas rekabentuk terbaru Sonic bocor dilaman Internet, Paramount Pictures akhirnya melancarkan trailer dan poster terbaru filem Sonic The Hedgehog. Anda boleh saksikannya dibawah.

Ditulis oleh Patrick Casey, Josh Miller dan Oren Uziel, Sonic The Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis dari bandar kecil Green Hills dan membuat keputusan untuk membantu Sonic melarikan diri dari pihak kerajaan.  Jeff Fowler bertindak selaku pengarah untuk filem ini manakala Tim Miller sebagai penerbit eksekutif.

Sonic The Hedgehog dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan  Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Filem ini akan menemui penonton pada 14 Februari tahun hadapan.

Related posts

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Leave a Comment