Official Trailer

Saksikan Trailer Terbaru Peter Rabbit 2: The Runaway

Views

Sony Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem live action komedi sekuel, Peter Rabbit 2: The Runaway yang memaparkan Peter Rabbit cuba menyelamatkan keluarganya bersama-sama Bea dan Thomas. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Dalam filem kali ini, Bea, Thomas, dan para arnab telah mencipta keluarga sementara, walaupun membuat usaha yang terbaik, Peter tidak dapat meninggalkan reputasinya sebagai arnab yang nakal. Mengembara keluar dari taman, Peter mendapati dirinya berada di dunia di mana kerosakannya dihargai, tetapi bila keluarganya membahaya diri untuk mencarinya, Peter perlu memikirkan apa jenis arnab yang dia ingin jadi.

 James Corden kembali sebagai pelakon suara arnab nakal, Peter Rabbit. Dia turut disertai Margot Robbie dan Elizabeth Debicki yang memainkan peranan sebagai Flopsy Rabbit dan Mopsy Rabbit. Domnhnall Gleeson dan Rose Byrne akan membawa watak sebagai Tomas dan Bae. Sekuel kali ini turut menampilkan David Oyelowo.

Will Gluck kembali mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Patrick Burleigh dan Gluck sendiri. Peter Rabbit 2: The Runaway akan menemui penonton pada 2 April 2020

BACA:  Nabila Huda Membalas Dendam Dalam Filem Seram Thriller M4M4

Tinggalkan Balasan

shares