Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Trailer Terbaru Dolittle Lakonan Robert Downey Jr.

Universal Pictures telah melancarkan trailer terbaru Dolittle lakonan Robert Downey Jr. yang memainkan peranan sebagai Dr. Dolittle. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem arahan Stephen Gaghan ini diadaptasi dari karya “The Voyages of Doctor Dolittle” yang ditulis oleh Hugh Lofting. Ia berkisarkan tentang seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.

Turut menyertai Robert Downey Jr. adalah Antonio Banderas, Michael Sheen dan Jim Broadbent yang memainkan watak ‘live action’; manakala pelakon suara terdiri daripada John Cena, Marion Cotillard, Carmen Ejogo, Ralph Fiennes, Selena Gomez, Tom Holland, Rami Malek, Kumail Nanjiani, Craig Robinson, Octavia Spencer, Emma Thompson dan Frances de la Tour.

Skrip Dolittle ditulis sendiri oleh Stephen Gaghan bersama-sama Thomas Shepherd, manakala penerbit terdiri daripada Susan Downey, Jeff Kirschenbaum dan Joe Roth.

Dolittle akan menemui penonton pada 17 Januari 2020.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Critically-acclaimed Taiwanese drama Tears On Fire to stream on Netflix Malaysia on 26 June

Zulaikha

[VIDEO] Netflix Umum Tarikh Tayangan Episod Istimewa “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating