Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Trailer & Poster SONGBIRD Terbitan Michael Bay

STXfilms telah mendedahkan poster dan trailer pertama filem terbaru Songbird, sebuah filem pandemik thriller yang diterbitkan Michael Bay dan dibintangi KJ Apa (Riverdale) dan Sofia Carson (Pretty Little Liars: The Prefectionistsi). Anda boleh saksikan trailer dan poster dibawah. 

Dalam filem Songbird, virus COVID-23 telah bermutasi dan dunia telah berkurung selama empat tahun. Rakyat Amerika yang dijangkiti virus tersebut, telah dipaksa keluar dari rumah mereka dan dibawa ke kem kuarantin yang dikenali sebagai Q-Zones – tempat yang tiada jalan keluar.

Ditengah-tengah suasana dystopian, seorang pembawa virus, Nico (KJ Apa) – yang imum dengan pathogen merbahaya itu – telah menemui harapan dan cinta bersama Sara (Sofia Carson). Apabila Sara dipercayai telah dijangkiti, Nico dalam keadaan terdesak, perlu melalui jalan-jalan yang dikawal di sekitar Los Angeles demi mencari sesuatu yang mampu menyelamatkan Sara dari penjara…. atau lebih teruk. 

Turut menyertai barisan pelakon adalah Demi Moore (Corporate Animals), Bradley Whitford (Godzilla: King of the Monster), Craig Robinson (What We Do in the Shadows), Alexandra Daddario (We Summon the Darkness), Paul Walter Hauser (Da 5 Bloods) dan Peter Stormare (American Gods).

Songbird diarahkan oleh Adam Mason (Into the Dark) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Mason dan Simon Boyes. Bay memerbitkan filem ini bersama-sama Adam Goodman dan Andrew Eben Davidson. Setakat ini, STXfilms masih belum menetapkan tarikh tayangan filem ini. 

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Critically-acclaimed Taiwanese drama Tears On Fire to stream on Netflix Malaysia on 26 June

Zulaikha

[VIDEO] Netflix Umum Tarikh Tayangan Episod Istimewa “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating