Official Trailer

Saksikan Trailer Pertama Filem Terbaru SAW Lakonan Chris Rock

Views

Lionsgate telah melancarkan trailer filem terbaru Saw berjudul Spiral: From the Book of Saw lakonan Chris Rock yang memainkan peranan sebagai detektif polis yang menyiasat satu kes pelik. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Berdasarkan cerita yang ditulis oleh Chris Rock, yang turut bergandingan dengan Samuel L. Jackson, Rock memainkan peranan sebagai seorang detektif polis yang menyiasat siri kes jenayah yang pelik. Jackson memainkan peranan sebagai ayahnya. Mereka turut disertai Max Minghella sebagai Willaim Schenk, rakan sekerja Rock dan Mariso Nichols sebagai Capt. Angie Garza, ketua kepada karakter Rock.

Filem ke-9 Saw ini akan menawarkan kepada peminat di seluruh dunia tahap baru yang semakin meningkat dengan perangkap yang licik, petunjuk pintar dan ketegangan berlebihan yang mereka harapkan dari salah satu francais seram yang paling menakutkan di dunia.

Diterbitkan penerbit Saw, Mark Burg dan Oren Koules, filem ini diarahkan oleh Darren Lynn Bousman, yang pernah mengarahkan tiga filem francais Saw yang sukses. Lakonlayar ditulis oleh Pete Goldfinger dan Josh Stolberg berdasarkan cerita yang dicipta oleh Rock. Pencipta francais Saw, James Wan dan Leigh Whannell bertindak selaku penerbit eksekutif.

Spiral: From the Book of Saw akan ditayangkan pada 15 Mei 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks