Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Saksikan Trailer Pertama “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore”

Seperti yang dijanjikan, Warner Bros. telah kongsikan treler pertama untuk Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, memberikan kepada kita pandangan pertama Mads Mikkelsen (Hannibal, Rogue One: A Star Wars Story) sebagai Gellert Grindelwald yang jahat. Anda boleh saksikan trailer tersebut dibawah:

Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Dan Fogler, Jude Law dan Ezra Miller bersedia untuk mengulangi peranan masing-masing dari filem sebelumnya, dengan David Yates sebagai pengarah.

Watak Gellert Grindelwald sebelum ini dilakonkan oleh Johnny Depp, namun telah dia diminta untuk ‘berundur’ dari peranan itu pada tahun lalu.¬†Walaupun dia tidak menyatakan sebabnya pada masa itu, ianya berlaku hanya beberapa hari selepas bintang Pirates of the Caribbean itu kalah dalam kes saman fitnah terhadap tabloid British The Sun, yang melabelnya sebagai “pemukul isteri” dalam artikel 2019.

Tidak lama selepas itu, Warner Bros. mengumumkan bahawa Mads Mikkelsen (Doctor Strange, Rogue One: A Star Wars Story) telah menandatangani kontrak untuk menggantikan Depp sebagai Gellert Grindelwald

Butiran plot masih lagi disimpan rapi, tetapi cerita ini jelas akan berkisar tentang Dumbledore… dan rahsianya!

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore akan menemui penonton pada 15 April 2022.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee