
Universal Pictures melancarkan ‘Big Game spot’ filem Old arahan M. Night Shyamalan, yang akan ditayangkan pada 23 Julai 2021. Anda boleh tonton trailer pendek filem tersebut dibawah.
Pada musim panas ini, pembikin filem berbakat M. Night Shyamalan meluncurkan sebuah sensasi baharu yang mengerikan dan misteri mengenai sebuah keluarga yang sedang bercuti di kawasan pantai yang terpencil, di mana mereka menjadi tua dengan cepat walaupun hanya berada di kawasan itu selama beberapa jam sahaja.
Filem terbaru ini berdasarkan novel novel terkenal Sandcastle karya Pierre Oscar Levy dan Frederik Peeters.
Barisan pelakon terdiri daripada Gael García Bernal (Mozart in the Jungle), Eliza Scanlen (Little Women), Thomasin McKenzie (True History of the Kelly Gang), Aaron Pierce (Krypton), Vicky Krieps (Phantom Thread), Alex Wolff (Hereditary), Abbey Lee (Lovecraft Country, Mad Max: Fury Road, The Dark Tower), Nikki Amuka-Bird (Avenue 5, Gold Digger, Jupiter Ascending), Gael García Bernal (Mozart in the Jungle) dan Ken Leung (Star Wars: Episode VII – The Force Awakens, Inhumans, The Blacklist).
Old ditulis, diarah dan diterbitkan sendiri oleh Shayamalan (The Sixth Sense, Signs, Unbreakable).